Monday, July 20, 2009

Di Antara Kejujuran & Kenaifan

Jujur? Atau naif? Hero? Atau hina? Ternyata sejak kebelakangan ini persepsi dan minda manusia kian celaru, sukar membezakan di antara kejujuran dan kenaifan; susah untuk melabel hero atau manusia hina.. mungkin juga kerana manusia kini punya ruang yang luas untuk menterjemahkan akal fikiran yang terhad dan pemahaman yang cetek. Bukan dikata manusia tidak punya akal fikiran yang bijak, tetapi apabila kebijaksanaan tidak diseimbangkan dengan keimanan dan keluhuran jiwa, ia bertukar 360 darjah; menjadi bijak dalam gelembung kebodohan. Sehinggakan, kadangkala katak yang dikatakan di bawah tempurung pun tidak sebodoh itu. Di mana prinsip? Halalkan sahaja apa yang ada di depan mata, ambil sahaja yang bukan hak kita, caci dan makilah sehingga puas. Yang penting, kita dapat apa yang kita kehendaki. Agama? Bangsa? Negara? Persetankan! Salah? Semestinya bukan salah kita, tapi salah MEREKA. Mereka? Ya, mereka. Mereka, mereka dan mereka yang bersalah. Aih, maksumkah ia? Tepuk dada tanyalah iman. Kecewa dengan keadaan ini? Tidak sama sekali, cuma melihatkan keletah manusia di sekeliling kadangkala tertawa seorangan, lelucon yang dicipta tanpa sedar menghiburkan hati dalam gurindam. Manusia? Sedarlah atau kita akan hilang dalam wujud.

Sunday, March 29, 2009

Old Boy Weekend 2009

Tak sangka dah sepuluh tahun kita keluar koleq.. dah sampai masa Old Boy Weekend kita.. itu ayat-ayat biasa yang kedengaran semasa bertemu dengan rakan-rakan seperjuangan di MCKK. 17, 18 dan 19 April 2009 ini bakal menjanjikan nostalgia sepuluh tahun yang lalu segar kembali. Teringat kembali zaman yang tidak akan sekali-kali luput dalam kotak pemikiran kami semua. Rumpa, kirik, urban, kampung, lif, roof, nasi Che' Nah Che' Ni, jambu, fire drill, common room, anjing, cheering.. biarlah ia menjadi nostalgia selagi ada matahari, bulan dan bintang. Apa yang lebih penting adalah persahabatan, brotherhood kekal dalam diri setiap orang di antara kami. Kini, ada yang telah menjadi wakil rakyat, ada yang bergelar doktor, ada yang terbang tinggi di angkasa, ada tuan laywer, ada ramai jurutera, ada seorang DJ, ada yang jadi pendidik, ada yang buat sales.. pelbagai latar belakang, pelbagai cerita. Kalau dulu, setiap kali berjumpa pasti cerita-cerita tentang karier yang kedengaran, kini cerita kahwin, anak pula menghiasi perbualan. Rakan-rakan juga dilihat semakin vokal dalam menyuarakan pendapat masing-masing, ada yang pro-kerajaan, ada yang pro-pembangkang, ada yang lalang dan sengaja menimbulkan provokasi.. ini merupakan perkembangan yang sangat baik buat kita semua, siapa tahu mungkin akan ada Y.B. lagi yang menyusul selepas ini, insyaAllah. Buat rakan-rakan, terima kasih atas segalanya, banyak yang saya belajar daripada kalian. Semoga persahabatan kekal ke akhir hayat.. amin.