Monday, July 20, 2009

Di Antara Kejujuran & Kenaifan

Jujur? Atau naif? Hero? Atau hina? Ternyata sejak kebelakangan ini persepsi dan minda manusia kian celaru, sukar membezakan di antara kejujuran dan kenaifan; susah untuk melabel hero atau manusia hina.. mungkin juga kerana manusia kini punya ruang yang luas untuk menterjemahkan akal fikiran yang terhad dan pemahaman yang cetek. Bukan dikata manusia tidak punya akal fikiran yang bijak, tetapi apabila kebijaksanaan tidak diseimbangkan dengan keimanan dan keluhuran jiwa, ia bertukar 360 darjah; menjadi bijak dalam gelembung kebodohan. Sehinggakan, kadangkala katak yang dikatakan di bawah tempurung pun tidak sebodoh itu. Di mana prinsip? Halalkan sahaja apa yang ada di depan mata, ambil sahaja yang bukan hak kita, caci dan makilah sehingga puas. Yang penting, kita dapat apa yang kita kehendaki. Agama? Bangsa? Negara? Persetankan! Salah? Semestinya bukan salah kita, tapi salah MEREKA. Mereka? Ya, mereka. Mereka, mereka dan mereka yang bersalah. Aih, maksumkah ia? Tepuk dada tanyalah iman. Kecewa dengan keadaan ini? Tidak sama sekali, cuma melihatkan keletah manusia di sekeliling kadangkala tertawa seorangan, lelucon yang dicipta tanpa sedar menghiburkan hati dalam gurindam. Manusia? Sedarlah atau kita akan hilang dalam wujud.

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home